Monday, April 6, 2020

Pembelajaran Abad Ke-21

Pengenalan

Pembelajaran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Pembelajaran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Pembelajaran abad Ke-21 ini juga dapat menjadikan pelajar yang semakin cemerlang dan cekap untuk menyelesaikan masalah dengan mudah pada masa akan datang.




Rumusan

Pendidikan merupakan nadi pembangunan untuk masyarakat dan juga negara. Tanpa sistem pendidikan yang terancang, maka bolehlah dianggap negara itu telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memartabatkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha dalam membangunkan generasi alaf baharu. Kepelbagaian teknik dan pengajaran guru sangat penting untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang daripada pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran dan insaniah. Para pelajar akan merasa bosan sekiranya kaedah dan cara pengajaran guru yang tidak pelbagai. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang pembelajaran abad ke-21 penting untuk guru dan pelajar untuk supaya dapat menguasai aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dalam keadaaan yang tidak bosan dan menyeronokkan.

Pembelajaran abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya pembelajaran abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di mana peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana pemikiran mereka sentiasa dicabar semasa sesi PDP di dalam kelas. Pembelajaran abad ke-21 juga membantu murid untuk bersedia ke alam pekerjaan. Banyak majikan kini amat mementingkan beberapa aspek, seperti kemahiran komunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif bagi membolehkan individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat mereka. Impak-impak ini dilihat dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu sendiri, sekolah dan juga negara, seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.




Rujukan

1.       Muhali, M. (2019). Pembelajaran Inovatif Abad Ke-21. Jurnal Penelitian Dan Pengkajian Ilmu  Pendidikan: e-Saintika, 3(2), 25–50. doi: 10.36312/e-saintika.v3i2.126
2.       IBERAHIM, A. I. N. U. R. R. A. H. M. A. H., MAHAMOD, Z. A. M. R. I., & WAN MOHAMAD, W. A. N. M. U. N. A. R. U. Z. A. N. N. A. (n.d.). PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN PENGARUHNYA TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2180-4842), 77–88.

3.       O'Sillivan, E. (n.d.). Pembelajaran transformatif: wawasan pendidikan abad ke-21. 7 Cyntia Street, London,UK: Zed Bookks Ltd..


Website