Pengenalan
Pembelajaran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran
yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad
ini. Pembelajaran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang
diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi,
kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal,
kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan
sebagainya. Pembelajaran abad Ke-21 ini juga dapat menjadikan pelajar yang
semakin cemerlang dan cekap untuk menyelesaikan masalah dengan mudah pada masa
akan datang.
Rumusan
Pendidikan merupakan nadi pembangunan untuk masyarakat dan
juga negara. Tanpa sistem pendidikan yang terancang, maka bolehlah dianggap
negara itu telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memartabatkan
sistem pendidikan yang berkualiti. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang
merupakan usaha dalam membangunkan generasi alaf baharu. Kepelbagaian teknik
dan pengajaran guru sangat penting untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang
daripada pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran dan insaniah. Para
pelajar akan merasa bosan sekiranya kaedah dan cara pengajaran guru yang tidak
pelbagai. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang pembelajaran abad ke-21 penting
untuk guru dan pelajar untuk supaya dapat menguasai aktiviti pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas dalam keadaaan yang tidak bosan dan menyeronokkan.
Pembelajaran abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana
ia banyak memberi impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya
pembelajaran abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran
yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang
baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti
kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di
mana peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT).
Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana
pemikiran mereka sentiasa dicabar semasa sesi PDP di dalam kelas. Pembelajaran
abad ke-21 juga membantu murid untuk bersedia ke alam pekerjaan. Banyak majikan
kini amat mementingkan beberapa aspek, seperti kemahiran komunikasi, mampu
menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif bagi membolehkan
individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat mereka. Impak-impak ini dilihat
dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu sendiri, sekolah dan juga
negara, seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai
pendidikan yang bertaraf dunia.
Rujukan
1.
Muhali, M. (2019).
Pembelajaran Inovatif Abad Ke-21. Jurnal Penelitian Dan Pengkajian Ilmu Pendidikan: e-Saintika, 3(2), 25–50. doi:
10.36312/e-saintika.v3i2.126
2.
IBERAHIM, A. I. N.
U. R. R. A. H. M. A. H., MAHAMOD, Z. A. M. R. I., & WAN MOHAMAD, W. A. N.
M. U. N. A. R. U. Z. A. N. N. A. (n.d.). PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN
PENGARUHNYA TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2180-4842), 77–88.
3.
O'Sillivan, E.
(n.d.). Pembelajaran transformatif: wawasan pendidikan abad ke-21. 7 Cyntia
Street, London,UK: Zed Bookks Ltd..
Website